Jalur lurus

bagaimana kamu ingin aku untuk mengingati hari ulang tahun kamu sedangkan kamu sendiri pun tidak pernah dewasa..?
Posted by Admin at October 27, 2007 | 0 comments read on

Selendang biru

meredah arus terkadang rebah
namun kebangkitan bukan lagi helah
telus dalam menceritkan sejarah
walau sabait cuma..

tika mentari terik menyinar
terdengar tangis suara si kecil
manusia yang berhati..tapi mati
gerak kesan desakkan lawwamah

ternyata kebenaran bukan milik sesiapa
walaupun lelah mencipta helah
hingga tercerna perilaku memilukan
tetap... pilihlah jalan mana yang anda suka
dipenghujung....hijab pasti terbuka
Posted by Admin at October 24, 2007 | 0 comments read on

Manual perjalanan

santapan bisa bertahan semalaman
perjalanan diekori tusukan angin riang
berselang halilintar memanah garang
subur pesona luput amarah

tahanan dijijak garisan menyimpang
rapat dipegang sejata lawanan
perisai kebal terpecah berderai
hayunan bala permaisuri idaman

jari dituju isyarat awalan
resam penunggu interaksi alam
menyingkap tabir tanda kenalan
mengaburi hati laksmana dermawan

Tiada satu nyawa yang hidup dapat menjangka apa yang menanti dihadapan. Tetapi bila disentuh soal hidup, pasti kita semua tahu yang pergerakkan kita dibatasi masa. Setiap inci tubuh kita dan sekelilingnya hanya perisai yang seringkali kita keliru daya pertahanannya. Perjanjian bersama tuhan dialam roh sememangnya telah dilupakan. Biasan cermin dunia punca segala perbalahan menyebabkan kita rebah, akhirnya terbentuklah dinding yang menutupi keseluruhan jiwa dan ketika itu bermulalah lingkaran hidup yang bertuhankan manusia.
Posted by Admin at October 15, 2007 | 0 comments read on

Kelaparan

Tuhanku,

perjalanan yang ditulis tidak ku akur
namun pendek fikirku kelemahan diriku
atas segala perbuatan mengekor nafsu
jiwa tercemar terkulai layu

semalam sekali lagi terdengar suara
suara ketawa mengilai terbahak-bahak
sedang aku meneruskan langkahku
walaupun kusedar aku kalut
ku binggung, aku keliru
kerana penglihatanku semakin kabur

Ya..Tuhanku
berikan aku cahaya..
hapuskan segala kekalutan
dan debaran ini
hentikan penantian ini
dan kuberdoa semoga suatu hari nanti
akan kelihatan sang suria
menyuluh jalan membawa ku pulang

Hanya tinggal beberapa hari lagi umat islam akan menyambut ketibaan hari yang sentiasa ditunggu-tunggu, Hari Raya Aidilfitri. Namun bagi segelintir hati yang masih kosong tanpa pengisian, pasti menjadi satu titik sedar perjalanan semakin bertambah perlahan.
Posted by Admin at October 12, 2007 | 1 comments read on

Empat kali satu

soalan yang seberat ini tidak mungkin dapat dirangkul dalam sebuah jawapan
lapisan makna halus tersirat cukup memualkan
tatkala calar balar yang seringkali meranapkan stuktur singahsana mahkota idaman

kejahilan, kelayuan menggambarkan kepentingan peradaban tidak lagi menjadi tunggak dalam mengukir sejarah
rasionalisma sering mengaburi menutupi bersama selimut sutera

perjalanan sering terbatas berpaksikan kepada sistem kepercayaan lama
kesan terpalit tak mungkin hilang
abadi sebuah zaman imaginasi melarut lesap ditelan malam
Posted by Admin at October 09, 2007 | 0 comments read on

Rumah plastik

kekadang perlu lihat dari sudut melingkar
penentu bukan dipengaruhi masa
keperluan emosi diri disekat
pertuturan terbatas
idealogi ditindas
punca akar menjalar masalah
terukir sinis senyuman bara
menyelinapi salur hilang waras

kondisi tradisi terabai
gaya tersasar melepasi seberang
mengepak mengibar lebar kesana
seolah peneroka lupa kembara

tersusun puji dipanah merata
bergerak menyusul angin mengata
segala direntap asalkan selesa
tak kira berat dipikul sentiasa
Posted by Admin at October 02, 2007 | 0 comments read on