Biasa

pengertian dalam setiap makna
tidak akan mungkin sama dengan
rasa yang terbit melalui kata
atau rasa yang perlahan mengalir keluar
dalam sedar atau pun tidak

yang pasti apabila ia tiba
tidak ada sebarang kuasa yang bisa mampu
untuk menahan keberadaan nya
walau sekalian semesta cuba menekan
namun jiwa tidak bakal retak
walaupun dengan seinci jua

tanda awalan adalah kabur penglihatan
perjalanan hanya berpaksikan hati
dalam menerus mengorak langkah
dalam menuju kebahagiaan
Posted by Demokrazi-Papaya at 6:32 PM | 0 comments read on

Peluang

"ternyata dia bukan matahari, dia cuma pelangi yang hadir dengan segala warnanya yang indah tapi hanya sejenak. Bagaimanapun semua halangan pasti berlalu, satu hari kita pasti akan terbangun dan tersenyum menyedari bahawa kita pernah melewatinya" (mengejar matahari)

Terkadang kita sering tidak menyedari perkara sebenar yang berlaku sekeliling kita. Kita  mengungkap kata dengan mengutamakan rasa dari perihal sebenar yang berlaku. Sebetulnya kita ingin memenuhi keperluan emosi dan menghindari diri untuk berhadapan realiti yang bahawasanya kita telah gagal, gagal menguasai diri lantas mempercayai setiap perbuatan kita adalah betul. 

Akhirnya apabila kita jatuh, kita benar-benar menyerah, waktu itu juga perlahan datang bisikan alam memaksa kita untuk berubah.

Posted by Demokrazi-Papaya at 11:57 PM | 2 comments read on

Lagi sekali ker?

cuba beritahu aku kalau kau rasa mudah
seolah ia beban yang bisa kau pikul
keluar masuk, keluar masuk
entah berapa banyak kali

nah tengok tu! kelihatan gambaran cermin sisi
pantulan cahaya di gelap malam
lagi sekali keluar masuk, keluar masuk
entah sampai bila

lagi, lagi, bila lagi?.. entah.

setiap kali juga gerakan disertai semangat pahlawan
gila galak
tapi jalan terus
nak buat macam mana
aku kan masih hidup
walaupun terkadang mati
masih aku bernafas
walau terkandas
masih juga bisa bebas
kan namanya hidup, live with it, never thrash it.

Haihh..
Posted by Demokrazi-Papaya at 11:49 AM | 0 comments read on

Surat terakhir

Wahai teman...

kenapa perlu kau hipokrit?
kenapa perlu kau tidak jujur?...bohongi

bukan dengan siapa,... tapi dengan diri kau sendiri

setiap kali kau hampir terjepit...kata-kata yang kau susun dan yang terpacul dari bibir kau seolah kau adalah bayi yang baru lahir, seolah kau suci dari segala dosa..
tutur lisan yang halus ternyata bisa menutup gerakan tubuh si kurus. cetusan niat herotan si lakhnat dapat meretakkan nilai yang terbina sekian lama,

dengan mengambil kesempatan atas kelemahan insan lain, kau cekap mengemudi menyelamatkan diri, dan setiap kali kau lakukannya.....kau sentiasa terlepas dan percaya lah wahai teman...

"bumi berputar diatas paksi dan dimana juga ia mula, pasti berakhir di tempat yang sama...."

dah terlalu lama kau hidup dalam penafian, kau putih dari segi lahiriah dan aku benar-benar berharap putih juga dari aspek yang lain.

tidak pernah kah kau percaya dengan karma? hukum alam? mahupun ketetapan dan garisan lakaran menerusi hukum tuhan?

ataupun hati kau benar-benar keras untuk merasai perasaan sebagai seorang insan?
Posted by Demokrazi-Papaya at 2:30 PM | 0 comments read on

Taman permainan

meniti garis dalam kekeliru matlamat
apabila garis lakaran terpadam
mempamer keputusan luar jangkaan
cetusan fikiran tanpa sepadan

kristalisasi keringat perlahan kering
apabila berdiri didaerah selesa
apabila jarak menentukan segalanya
runtuh nilai dihembus buaian emosinya
Posted by Demokrazi-Papaya at 7:50 PM | 0 comments read on

Satu jam

Terlalu naif bila memikirkan ia bisa bertahan
terlalu sering ia larut tanpa pengertian
sedangkan diri mengejar membelah gelombang
bergadai arus maya diakhiri jangan

Maaf tersasar meliputi semesta
jemari tersusun merangkap kata
kerana kusedar ku tidak lagi punya waktu
tuk' menutupi kepingan kesalahan yang tercipta
Posted by Demokrazi-Papaya at 2:30 AM | 0 comments read on

Never ending suweyness

Ternyata ketentuan tidak pernah bisa dilangkahi dengan apa-apa
walaupun sebeban usaha diletakkan keatasnya
walaupun keinginan melangkaui segalanya
tetap, apa yang terjadi..tetap akan terjadi

Katanya dunia terbentuk atas maksud cinta
tetapi cinta itu pula bukan bermaksud segalanya
seringkali kita terkeliru dengan kebolehan cinta
kerna ia juga ternyata berupaya merosakkan jiwa

masih tak percaya?
Posted by Demokrazi-Papaya at 11:16 PM | 0 comments read on

Selamat Hari Rabu

memang terkadang keputusan bisa terbatas
apabila kuputusan ekoran pilihan jiwa
merentap rakus akal serta logika

memang secara semulajadi
ia tidak punya aturan
membuatkan jalan dilaluinya tidak pernah nyata

pasti ia perlukan semaian
agar ia bisa kekal tumbuh
agar hasilnya bisa dinikmati
oleh makhluk yang namanya
manusia...
Posted by Demokrazi-Papaya at 11:52 AM | 0 comments read on

Bahasa semulajadi

Forgiveness is the cancellation of the conditions in the mind that are blocking the full flow of love or Life Energy, independently of the behaviour of others. It is a free personal choice and act of will.

"mungkinkah salur waras ku sudah disekat oleh rasa ego dan mendorong aku untuk terus bertindak keras terhadap diriku sendiri..?
Posted by Demokrazi-Papaya at 10:29 PM | 1 comments read on

Jalur lurus

bagaimana kamu ingin aku untuk mengingati hari ulang tahun kamu sedangkan kamu sendiri pun tidak pernah dewasa..?
Posted by Demokrazi-Papaya at 3:15 AM | 0 comments read on

Selendang biru

meredah arus terkadang rebah
namun kebangkitan bukan lagi helah
telus dalam menceritkan sejarah
walau sabait cuma..

tika mentari terik menyinar
terdengar tangis suara si kecil
manusia yang berhati..tapi mati
gerak kesan desakkan lawwamah

ternyata kebenaran bukan milik sesiapa
walaupun lelah mencipta helah
hingga tercerna perilaku memilukan
tetap... pilihlah jalan mana yang anda suka
dipenghujung....hijab pasti terbuka
Posted by Demokrazi-Papaya at 3:31 AM | 0 comments read on

Manual perjalanan

santapan bisa bertahan semalaman
perjalanan diekori tusukan angin riang
berselang halilintar memanah garang
subur pesona luput amarah

tahanan dijijak garisan menyimpang
rapat dipegang sejata lawanan
perisai kebal terpecah berderai
hayunan bala permaisuri idaman

jari dituju isyarat awalan
resam penunggu interaksi alam
menyingkap tabir tanda kenalan
mengaburi hati laksmana dermawan

Tiada satu nyawa yang hidup dapat menjangka apa yang menanti dihadapan. Tetapi bila disentuh soal hidup, pasti kita semua tahu yang pergerakkan kita dibatasi masa. Setiap inci tubuh kita dan sekelilingnya hanya perisai yang seringkali kita keliru daya pertahanannya. Perjanjian bersama tuhan dialam roh sememangnya telah dilupakan. Biasan cermin dunia punca segala perbalahan menyebabkan kita rebah, akhirnya terbentuklah dinding yang menutupi keseluruhan jiwa dan ketika itu bermulalah lingkaran hidup yang bertuhankan manusia.
Posted by Demokrazi-Papaya at 3:18 AM | 0 comments read on

Kelaparan

Tuhanku,

perjalanan yang ditulis tidak ku akur
namun pendek fikirku kelemahan diriku
atas segala perbuatan mengekor nafsu
jiwa tercemar terkulai layu

semalam sekali lagi terdengar suara
suara ketawa mengilai terbahak-bahak
sedang aku meneruskan langkahku
walaupun kusedar aku kalut
ku binggung, aku keliru
kerana penglihatanku semakin kabur

Ya..Tuhanku
berikan aku cahaya..
hapuskan segala kekalutan
dan debaran ini
hentikan penantian ini
dan kuberdoa semoga suatu hari nanti
akan kelihatan sang suria
menyuluh jalan membawa ku pulang

Hanya tinggal beberapa hari lagi umat islam akan menyambut ketibaan hari yang sentiasa ditunggu-tunggu, Hari Raya Aidilfitri. Namun bagi segelintir hati yang masih kosong tanpa pengisian, pasti menjadi satu titik sedar perjalanan semakin bertambah perlahan.
Posted by Demokrazi-Papaya at 1:18 AM | 0 comments read on

Empat kali satu

soalan yang seberat ini tidak mungkin dapat dirangkul dalam sebuah jawapan
lapisan makna halus tersirat cukup memualkan
tatkala calar balar yang seringkali meranapkan stuktur singahsana mahkota idaman

kejahilan, kelayuan menggambarkan kepentingan peradaban tidak lagi menjadi tunggak dalam mengukir sejarah
rasionalisma sering mengaburi menutupi bersama selimut sutera

perjalanan sering terbatas berpaksikan kepada sistem kepercayaan lama
kesan terpalit tak mungkin hilang
abadi sebuah zaman imaginasi melarut lesap ditelan malam
Posted by Demokrazi-Papaya at 10:14 PM | 0 comments read on

Rumah plastik

kekadang perlu lihat dari sudut melingkar
penentu bukan dipengaruhi masa
keperluan emosi diri disekat
pertuturan terbatas
idealogi ditindas
punca akar menjalar masalah
terukir sinis senyuman bara
menyelinapi salur hilang waras

kondisi tradisi terabai
gaya tersasar melepasi seberang
mengepak mengibar lebar kesana
seolah peneroka lupa kembara

tersusun puji dipanah merata
bergerak menyusul angin mengata
segala direntap asalkan selesa
tak kira berat dipikul sentiasa
Posted by Demokrazi-Papaya at 8:29 AM | 0 comments read on

My Photo
Name: Demokrazi-Papaya
Location: Malaysia

bukan seorang juruteknik, tetapi seorang penukang, juga bukan seorang artis yang memperlihatkan diri menerusi alir limunan sulaman elektronik